Archives for November 2008


MyCartopia.com Click here to get one

Kisah Babi Hutan dan Ular

On: Saturday, November 29, 2008

Pengetahuan bersama..... ...

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam
masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu
menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu
menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar
r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r..a dan Umar r.a. mendapati
ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka
mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya
Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi
babi hutan yang hitam." Kemudian RasulullahS. A.W dan para sahabat pun
pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa
kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia
semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
Berubahmenjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W
pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah
dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu
semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.
Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga
sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan
oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".

MIcroChip Seminar..come muslim engineer increase your knowledge

Type: Lecture
Language: English
Date: Thursday, December 04, 2008 9:00 AM - Thursday, December 04, 2008 5:00 PM
Time: 8:30 AM - 9:00 AM Arrival/Check In
9:00 AM - 5:00 PM Presentation
:
Cost:
Basic Seminar (Local taxes will be added upon checkout): PIC32 STARTER KIT or PICkit 2 Starter Kit - 39.99 USD
Please select ONE tool from the list below.
DV164120
PICKit2 Starter
0.00
DM320001
PIC32 starter kit
0.00



Where: (All Upcoming Classes Scheduled At This Venue)

Sunway Resort Hotel & SpaMap
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan,
Kuala Lumpur, 46150
Malaysia
Abstract : Show/Hide

This one day seminar presented by Microchip Technology. It will cover the basic architecture of Microchip MCU product families, 8, 16 and 32-bit and its connectivity peripherals, like USB, Ethernet, RF and etc. It also introduces Human Interface Solutions and its applications with using Microchip products in industrial and consumer segment, such as capacitive touch sensing solution, APIs into the Graphics Library for QVGA graphic display and speech & audio. If you are looking for high performance products coupled with a solid migration strategy as a human interface device, you will also find the benefits of using Microchip products in this area.

SYARAT MENANG MESTI BERJUANG TETAPI BERJUANG TIDAK SYARAT MENANG.

On: Friday, November 28, 2008


Kemenangan adalah cita – cita setiap orang walau apa jua bidang yang diceburinya. Tentu sahaja tiada siapa yang normal keadaannya berasa selesa apabila mengalami kekalahan. Sukan sebagai contoh , apapun kategori pertandingannya termasuk perlawanan persahabatan pasti sahaja kemenangan menjadi buruan. Namun kemenangan tersebut hanya menjadi impian yang tidak kesampaian jika ianya tidak melalui satu proses kerja keras , latihan gigih dan pengorbanan yang tinggi .


Demikianlah perjuangan ini . Kesucian matlamat dan ketinggian hasratnya sangat memerlukan kemenangan sebagai sebuah pengiktirafan , tetapi kekecewaan pasti diwarisi malah matlamat dan hasrat yang ingin dicapai hancur lebur tanpa pengorbanan dan daya juang yang kental. Pastinya hukum untuk meraih kemenangan ialah berjuang dan berkorban .


Bagi perjuangan Islam , kemenangan adalah untuk mendaulatkan syariat Ilahi dan sekurang – kurangnya berjaya mengekang pertumbuhan maksiat dan mungkar .


Justeru itu , setiap individu muslim wajib berjuang ke arah mencapai matlamat tersebut. Sikap berpeluk tubuh , lemah tahap kepeduliannya serta gagal menempatkan diri ke tengah medan juang mengundang hampa buat perjuangan suci ini .


Mana mungkin kemenangan dapat ditempa tanpa pejuang yang gigih berjuang dan sanggup berkorban .


Kalau ditanya kepada semua orang khasnya anggota jamaah , saya percaya bahawa semua mengimpikan kemenangan. Cuma apa yang menyedihkan ialah mereka bagai di awangan , bercakap tanpa sedar dan mengimpi tanpa memahami reality. Mereka sebenarnya masih berfantasi dengan kemenangan yang diimpi.


Sementara jamaah masih lompang di sana – sini menagih penyertaan anggotanya . Banyak tugas terabai lantaran kekurangan petugas yang sanggup melangsaikannya . Lambakan amanah tidak terurus kerana kelemahan dan kekurangan yang tidak tertampung . Lucunya dalam situasi begini , semua orang bercakap soal kemenangan termasuk anggota yang lesu dan naïf.


Nampaknya fenomena ini terus berkekalan hingga ke hari ini . Sementelah pula PAKATAN RAKYAT mencapai kemenangan besar dalam Pilihanraya umum baru – baru ini. Sedikit sebanyak tugas asas jamaah telah berpindah menjadi tugas rasmi kerajaan yang dimenangi.


Saya tidak bersikap prejudis terhadap kemenangan tersebut malah saya sangat memahami factor kemenangan dan ruang atau peluang yang boleh kita manafaatkan dari kemenangan itu, tetapi saya perlu menegaskan bahawa kemenangan ini masih belum menjadi milik penuh jamaah .


Masih terlalu jauh perjalanan kita untuk mencapai kemenangan dalam erti nilai yang sebenar , iaitu kejayaan dan keupayaan kita mendaulatkan syariat Ilahi . Pun begitu sangat diakui bahawa kemenangan PAKATAN hari ini menjadi pemecah kepada segala kebuntuan politik untuk memulakan gerakan merintis jalan besar ke gerbang Putrajaya .


Apa yang saya timbulkan ini ialah untuk memastikan kita tidak cepat berpuas hati dengan apa yang kita miliki hari ini dan meletakkan kita begitu teruja dengan pencapaian sedang kita masih terlalu jauh dari target yang ingin kita capai melewati perjuangan Islam yang suci ini .


Perjuangan mesti terus digiatkan dengan kesungguhan yang tiada tara dan pengorbanan yang tiada banding kalau kita mahu mencapai kemenangan yang benar buat perjuangan ini.


Aktiviti teras dan dasar sifatnya bagi sebuah gerakan Islam mesti diaktif dan digerakkan tanpa henti walau apa jua musim yang direntas. Sebelum atau selepas pilihanraya , kalah atau menang dan sendirian atau dalam pakatan , aktiviti – aktiviti yang bersifat dasar dan teras seperti tarbiyyah mingguan melalui usrah atau pembinaan fikrah dan pengkaderan jati diri pejuang seperti liqa’ fikri , mukhayyam , tamrin dan apa jua bentuk program yang membawa maksud serupa .


Sangat dikesali jika perjuangan sukar ini diurus dengan angan – angan dan ramalan politik yang jauh terhindar dari manhaj perlaksanaan amal Islami .


Saya mengharapkan semua anggota jamaah mengambil iktibar dari kegigihan pemimpin terdahulu yang telah mewaqafkan diri mereka untuk perjuangan . Berjuang tanpa penat menggalas beban amanah dan tanggungjawab kepimpinan serta berjuang tanpa gentar menghadapi ancaman , cabaran dan rintangan di sepanjang jalan dakwah , jauh kependalaman daerah perjuangan ini.


Nyata mereka lasak malah tabah mendepani segala tahaddiyat . Tidak tergugat dengan tawaran duniawi yang melekakan dan tidak pula menggadaikan prinsip perjuangan semata – mata ingin memenuhi cita – cita politik murahan malah tidak bermoral .


Kemenangan yang ingin dicapai ialah kemenangan tulen . Kemenangan yang ingin diraih ialah kemenangan hakiki . Kemenangan yang diburu ialah kemenangan sohih . Kemenangan ini tidak mungkin diperolehi dengan lampu ajaib aladin , tidak juga dengan percaturan politik cantas , tidak juga dengan berpeluk tubuh dan jauh sekali dengan tindakan yang menderhakai Allah Tuhan Rabbul Jalil .


Tegasnya , nak menang mesti berjuang , nak menang mesti berkorban , nak menang mesti berprinsip, nak menang mesti bermaruah , nak menang mesti tabah , nak menang mesti Istiqamah . nak menang mesti bijak dan nak menang mesti bertaqwa .
Demikianlah syarat untuk menang .


Perjuangan tidak syarat Menang .


Perjuangan ini suci kerana dasar dan matlamatnya. Selama mana dasar dan matlamat ini dipertahankan maka selama itu perjuangan ini kekal kesuciannya. Kesucian perjuangan tidak dinilai melalui menang atau kalahnya di medan .


Mempertahan serta memperjuangkan Islam bahkan seluruh nilainya adalah suatu kewajipan dan tangunggjawab asas sebagai hamba. Justeru itu , tugas kita sebagai anggota jamaah yang juga merupakan seorang hamba ialah memastikan Islam diperjuang dan dipertahankan dalam apa jua keadaan berasaskan pedoman qurani dan manhaj an-nabawi.


Sebarang penyelewengan atau penyimpangan dari pedoman qurani dan manhaj nabawi , biarpun menghasilkan kemenangan besar adalah suatu kebathilan malah sifatnya sementara , palsu lagi dusta.


Tiada erti kita menang derhaka . Derhaka kepada Allah maksud saya , justeru berlaku perlecehan dan penyimpangan . Kemenangan adalah anugerah Ilahi kepada pejuang yang memelihara kesucian perjuangan , sementara kemenangan menjadi istidraj kepada pejuang yang hanya memburu kemenangan tanpa menghirau ketulenannya bahkan tidak juga mempedulikan keabsahan pedoman dan manhaj perjuangannya.


Ada pihak sanggup buat apa sahaja asal menang sedang perjuangan tidak syarat menang. Ini bermakna perjuangannya berasaskan kepentingan dan kepuasan individu. Asal tercapai cita – cita politik dan terlaksana agenda peribadinya , dia tergamak mengambil jalan salah dan melakukan tindakan terlarang menurut perspektif amal Islami .


Saya suka menegaskan di sini bahawa
system nilai kita terhadap pencapaian dan kejayaan ialah merujuk kepada benar dan tepatnya pedoman yang diambil iaitu pedoman al qurani dan jelas serta sohihnya manhaj yang diikuti iaitu manhaj an nabawi .


Kita tidak merujuk kepada menang kalah di medan . Menang tidak bermakna benar dan kalah tidak bermaksud salah. Menang boleh jadi salah dan kalah boleh jadi benar . Menang kalah bukan system nilai yang baik dan tepat. Nilai tepat untuk mengetahui betul duduk kita bersama perjuangan ini samada benar atau salah ialah melalui system yang tetap dan kekal iaitu petunjuk wahyu Ilahi dan bimbingan sunnah Rasul saw.


Kesimpulannya.


Berjuang dan berkorbanlah bagi mencapai kemenangan , justeru kemenangan tersebut menjadi tapak kukuh bagi mendirikan daulah Islamiyyah . Namun kemenangan yang diburu tidak boleh dibiarkan menjadi asbab perlanggaran atau penyelewengan manhaj.

Sidang Media - Fatwa Yoga

Sidang Media - Fatwa Yoga

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah mengadakan sidang media bagi mengumumkan fatwa mengenai senaman yoga di kalangan umat Islam. Pengumuman yang telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (JKF), Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin telah diadakan pada 22 November 2008, jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Syura JAKIM.

Kenyataan media Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:

'Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

( 1) kepercayaan atau keyakinan di hati.

(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.

(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis.

MUSLIM'S ATTITUDE TOWARDS YOGA

Sidang akhbar sedang berlangsung

Soal jawab dimulakan

Antara para wartawan yang hadir

Y.Bhg. Dato' Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sedang memberikan penerangan

Wartawan mengambil catatan

Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah JAKIM, TKP(O), TKP (P) dan Pengarah Penyelidikan turut hadir dalam sidang akhbar tersebut

Y.Bhg. Dato' Pengerusi sedang menjawab soalan

Antara wakil media yang hadir

'Close up' Y.Bhg. Dato' Pengerusi bersama media

Sumber dari laman rasmi JAKIM.